Minggu, 12 Mei 2013

Aplikasi Multimedia Dalam Pendidikan



 Salah satu tujuan pendidikan adalah untuk mengoptimalkan kemampuan anak didik dan membantu mengembangkan kemampuan yang sempurna secara fizik., intelektual dan emosi. DePorter (1992) dalam teorinya “Quantum learning”menyatakan bahawa manusia memiliki potensi untuk berkembang (potential to growth) hampir tidak terbatas. Namun kita hanya memanfaatkan sebahgian kecil sahaja kemampuan tersebut “we live only a small part of the life we are given”.

Ini disebabkan kerana kita tidak mempunyai kaedah dan media yang tepat untuk mengembangkan kemampuan tersebut. Perkembangan media akhir-akhir ini sangat memberangsangkan dengan kemunculannya teknologi multimedia. Kehadiran media ini diharapkan mampu mengembangkan potensi anak didiknya secara optimal dan menjadikan proses belajar mengajar menjadi lebih berkesan.


Walaupun begitu kita mesti sedar akan nasihat Gagne(1971) yang menyatakan bahawa tidak ada satu media yang sempurna dan boleh memnuhi semua keperluan. Namun, kita mestilah berusaha semaksimum mungkin untuk menjadikan persekitaran kita menjadi media yang dapat mengoptimalkan kemampuan kita. Penggunaan teknologi multimedia merupakan alternatif yang tepat saat ini kerana multimeduia dapat menyentuh seluruh media pendidikan dalam satu perisian.

Pengenalan

Teknologi multimedia sejak kebelakangan ini menjadi salah satu bahan penyelidikan yang menarik dalam bidang pendidikan. Teknologi multimedia menjadi menarik kerana teknologi ini baru diperkenalkan pada tahun 1990-an walaupun sebelumnya sistem CAL (Computer Aided Learning) dan hiperteks masih terbatas dalam media yang terpisah-pisah belum digabungkan seperti multimedia yang memiliki makna gabungan pelbagai media; teks, suara imej, animasi dan video dalam satu perisian (Jacobs, 1992).

Perkembangan multimedia diawali dengan penyebaran CD-ROM pada kurun waktu 1980-an yang mengandungi muzik dan pengkalan data berupa hiperteks untuk keperluan menyimpan dan penyebaran maklumat. Teknologi CD-ROM memiliki kapasiti setoran sebanyak 1000 hingga 1200 megabytes. Oleh kerana kapasitinya ini maka CD-ROM menjadi salah satu tempat alternatif untuk menyimpan dan menyebarkan multimedia yang selalunya memerlukan kapaisiti setoran yang banyak. Kini, yang perlu diperhatikan adalah bagaimanamenjadi teknologi multimedia dapat bermanfaat bagi kemajuan pendidikan.

Kemajuan teknologi moden adalah saalah satu faktor yang turut mempengaruhi pembaharuan pesat berlaku dalam dunia pendidikan. Peranan teknologi semakin dirasakan oleh pelbagai sektor terutama sektor perniagaan, telekomunikasi, pentadbiran dan pendidikan. Dalam bidang pendidikan, kerajaan dan masyarakat awam telah memberikan perhatian mendalam tentang perkara tersebut kerana menyedari hakikat tentang peranan dan fungsi yang boleh dimainkan oleh teknologi dalam pendidikan. Mereka yakin bahawa teknologi boleh membantu mencapai matlamat dan tujuan pendidikan untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dan bermakna. Yelland, N. et.all. (1997) mengatakan bahawa teknologi dapat memberi kesempatan kepada kanak-kanak untuk meningkatkan proses pembelajaran.

Multimedia boleh digunakan sebagai media pendidikan yang berkesan. Kelebihan multimedia berbanding dengan media-media lain adalah jelas. Multimedia mampu merangkumi pelbagai media: teks, suara, imej, grafik, dan animasi dalam satu persekitaran digital. Multimedia membolehkan interaktiviti dengan pengguna. Kewujudan multimedia dalam persekitaran pendidikan telah menunjukkan suatu perkembangan baru yang diharapkan mampu membantu dunia pendidikan menjadi lebih berkesan melalui proses pengajaran dan pembelajaran. Bahkan kalau boleh untuk menarik minat pelajar mengguanakn strategi penyapaduan.

Sebagaimana media pendidikan lain, multimedia adalah alat, kaedah dan pendekatan yang digunakan untuk membuatkan komunikasi di antara guru dengan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan. D’Lgnazio (bairley 1996) mengatakan bahawa multimedia adalah teknologi baru yang dapat memberikan banyak manfaat pembangunan kepada dunia pendidikan. Pembangunan yang dimaksudkan adalah pembelajaran yang dilaksanakan dengan cara mengumpulkan bahagian-bahagian tertentu yang bermakna dari kehidupan pelajar.Manfaat lain bermaksud pelajar yang terlibat dalam proses pembelajaran melalui pakej multimedia boleh mempelajari ilmu yang ada di dalamnya yang sesuai dengan minat, kesukaan, bakat, keperluan, pengetahuan dan emosinya.

Kemampuan multimedia memberi pengajaran secara persendirian (melalui sistem tutor peribadi) bukan bererti tiada pengajaran secara langsung daripada guru (orang dewasa). Pengajaran langsung daripada guru tetap dikekalkan tetapi pakej multimedia boleh menyenangkan pengajaran guru terutamanya guru tidak perlu mengulang penerangan jika pelajar tidak faham. Pakej boleh dilihat berulangkali sehingga pelajar faham. Selain daripada itu multimedia juga memberikan motivasi untuk belajar, memberikan penjelasan yang lebih berkesan dan lengkap terhadap sesuatu permasalahan. Ia juga memudahkan pelajar mengulangkaji , mengadakan latihan dan mengukur kemampuan kerana multimedia membolehkan pelajar untuk berinteraktif dengan pakej pembelajaran. Oleh itu kehadiran multimedia dalam proses pembelajaran sangat dirasakan manfaatnya. Bagi perancang pakej multimedia perlu mendalami rekabentuk pembelajaran agar pakej multimedia yang dibina lebih terarah dan terancang sesuai dengan objektif pengajaran yang telah ditetapkan.

Walaupun multimedia berperanan dalam proses pembelajaran bukan bermakna bahawa multimedia adalah penentu keberhasilan pembelajaran kerana masih banyak faktor yang menentukan keberhasilan pembelajaran antaranya; keadaan motivasi belajar, keadaan sosial, ekonomi dan pendidikan keluarga, situasi pada saat pembelajaran, kurikulum dan guru. DeVoogd & Kritt(1997) mengatakan multimedia tidak mengajar sebab yang mengajar ialah guru. Dalam penggunaan media, apabila seseorang pelajar faham dan cekap maka aktiviti akan berjalan dengan baik dan menguasai bahan pelajaran sedangkan apabila sebaliknya, maka media tersebut bukannya untuk mempermudah bahakan mungkin akan menghambat keberhasilan ; “Educational effectiveness does not depend on the medium but how it is used”(Strafold, 1994). Lebih jelas lagi Salomon (1979) menyatakan bahawa perbezaan media akan mempengaruhi tingkat pengetahuan seseorang. Beliau juga akan menegaskan bahawa perbezaan media akan diikuti dengan perbezaan pesanan yang disampaikan.

Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK)

Criswell(1989) mendefinisikan PBK sebagai penggunaan komputer dalam menyampaikan bahan pengajaran dengan melibatkan pelajar secara aktif. Pendek kata matlamat PBK ialah untuk mengajar. Mengajar bermakna menyampaikan pengajaran dengan menggunakan program komputer. Menurut Gagne dan Briggs (Wang dan Sleeman 1994) kemasyhuran komputer menjadi popular sebagi media pembelejaran kerana komputer memiliki keistimewaan yang tidak dimiliki oleh media pembelajaran yang lain sebelum zaman komputer. Di antara keistimewaan tersebut adalah:

Hubungan interaktif : Komputer membolehkan wujudnya hubungan di antara rangsangan dengan jawapan. Bahkan menurut Dublin (1984,1996) komputer dapat menumbuhkan inspirasi dan meningkatkan minat.

Pengulangan : Komputer membolehkan pengguna mengulangi apabila perlu untuk memperkuatkan lagi pembelajaran dan memperbaiki lagi ingatan. Dalam pengulangan amat diperlukan kebebasan dan kreativiti daripada para pelajar (Clements, 1994)

Maklumbalas dan peneguhan : Media komputer membolehkan pelajar memperoleh maklum balas terhadap pelajaran serta merta dan boleh memotivasikan pelajar dengan peneguhan positif yang diberi apabila pelajar memberikan jawapan.

Pelbagai kajian telah dijalankan untuk mengukur keberkesanan komputer sebagai media pembelajaran. Dari Hasil kajian lepas ada yang menyatakan bahawa PBK telah menunjukkan kesan positif terhadap pembelajaran dan ada juga yang menyatakan PBK menunjukkan kesan negatif. Namun secara keseluruhannya lebih banyak kajian yang menyatakan bahawa PBK memberi kesan yang posittif berbanding dengan pembelajaran yang menggunakan kaedah tradisional (wang dan Seleman 1194).

Kulik, Bergert dan William (1983) telah mengkaji keberkesanan penggunaan Pembelajaran Berbantukan Komputer terhadap 48 orang pelajar. Hasil kajiannya menunjukkan bahawa 39 orang pelajar yang menggunakan komputer memperoleh markah yang labih tinggi berbanding dengan pelajatr yang menggunakan kaedah tradisional. Kajian ini juga menyatakan bahawa bahawa Pembelajaran Berbantukan Komputer memiliki kelebihan 0.5 berbanding dengan pembelajaran dengan menggunakan kaedah tradisional.

Menurut hasil kajian Mathis, Smith dan Hansen (1970) terhadap sikap para pelajar Institusi Pengajian Tinggi, didapati bahawa pelajar memiliki sikap yang positif terhadap PBK apabila pelajar tidak mengalami kesukaran dari segi literasi komputer sedangkan bagi p[elajar yang mengalami kesukaran dalam literasi komputer mereka bersikap negatif terhadap PBK. Namun begitu, mereka masih menganggap bahawa PBK adalah lebih baik diikuti daripada tidak.

Magidson(1978) menyatakan bahawa sikap pelajar yang menggunakan PBK bagi pelajaran Bahasa Inggeris adalah lebih positif berbanding pelajar Biologi. Koch(1973) menyatakan PBK lebih berkesan dalam bidang bahasa asing daripada bidang sains. Suppes dan Morningstar(1969) mengkaji PBK dalam bidang bahasa Bahasa Russia mendapatinya lebih berkesan kerana ia lebih mudah diingat daripada bidang biologi dan Roblyer(1988) menyatakan bahawa dalam bidang matematik, bacaan dan kemahiran kognitif, hasilnya adalah sama antara PBK dengan kaedah tradisional.

Begitu dengan kajian yang dijalankan oleh Munir dan Halimah Badioze Zaman(1998) mengatakan abahwa multimedia amat berkesan dalam menggalakkkan kanak-kanak belajar membaca. Sedangkan dalam bidang sains, keberkesanan PBK adalah lebih baik dua kali ganda daripada pembelajaran dengan kaedah tradisional. Sebagai kesimpulan dari pelbagai kajian lepas dapatlah dinyatakan secara keseluruhannya bahawa kaedah PBK adalah lebih baik daripada kaedah tradisional (Wang & Seleman 1994).

Kesimpulan

Dunia pendidikan sangat mengharapkan kehadiran media pembelajaran yang bermutu tinggi untuk meningkatkan kulaiti pendidikan. Kehadiran media seperti ini tidak bermakna kehilangan peranan guru sebagai penentu jalan proses pengajaran dan pembelajaran. Namun, kehadiran media pembelajaran yang berkesan boleh membantu mempertingkatkanlagi mutu pengajaran dan pembelajaran. Kehadiran teknologi multimedia memberi harapan baru dalam era pendidikan kerana media pembelajaran ini mempunyai keupayaan yang tidak diperoleh oleh media lain sebelum ini.


Teknologi multimedia adalah salah satu media pembelajaran baru yang boleh digunakan untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan. Ini adalah kerana multimedia menyepadukan pelbagai media; teks, suara, imej, grafik dan animasi. Selain daripada gabungan itu, satu lagi keistimewaannya yang utama ialah kebolehan interakviti. Ini dapat menarik minat pelajar serta menyokong perkembangan pelajar yang masih dalam intelensi dan kreativiti.

Read More ->>

Rabu, 01 Mei 2013

Macam-macam Software Multimedia

  • Windows Media Player 11
11
  • Download dulu file WMP 11
  • Extract file tersebut ke directory mana saja atau biar lebih gampangnya kamu bisa buat folder baru.
  • Download file “legitlib.rar” yang berguna untuk ‘menipu’ WGA tool
  • Extract file “legitlib.rar”
  • Maka akan terdapat file “legitlib.dll”
  • Copy paste file “legitlib.dll” tsb ke dalam folder di mana anda mengextract file wmp11-windowsxp-x86-enu.exe pada langkah 3 tadi. maka akan ada pilihan yang mengatakan bahwa file tsb sudah ada, overwrite/tumpuk saja. Jika berhasil lakukan langsung langkah 10, jika tidak lakukan langkah 8 terlebih dahulu.
  • Jika tidak keluar pilihan tersebut (overwrite/tumpuk), hapus file “legitlibM.dll” kemudian copy paste file “legitlib.dll”. dan rename file “legitlib.dll” menjadi “legitlibM.dll”
  • Sebelum di install, kamu harus tahu bahwa install WMP11 bisa offline atau online. Maksudnya bisa dengan cara koneksi internet tersambung atau tidak dengan koneksi internet. Saran saya matikan dulu koneksi internet anda untuk mempercepat installasi. karena jika koneksi tersambung, WMP11 akan mendownload langsung software URGE yang terintegrasi langsung ke WMP11 yang mengakibatkan installasi akan berlangsung lama. (pengalaman saya dengan koneksi speedy 384 kbps adalah sekitar 15 menitan)
  • saya menyarankan anda agar pada saata  melakukan installasi secara offline, maka jalankan file “setup_wm.exe”
  • Ikuti proses installasi, saya menggunakan “express setup” saat keluar pilihan type installasi.
  • Selesai deh… lihat bagaimana mantapnya WMP11 dengan balutan warna hitam yang menawan…
  • Gom Player
Gom


Kalau sering memutar video di komputer, kadang sering menemukan file video yang cuma keluar suaranya karena tidak adanya codec yang tepat di komputer kita, apalagi jika hanya menggunakan Windows Media Player.
Salah satu alternatif penggantinya adalah GOM Player ini. Video player asal Korea Selatan buatan Gretech Corporation ini selain gratis, juga sudah mendukung lebih banyak codec daripada Windows Media Player Standard. Adapun built-in codecnya antara lain : AC3, OGG, XVID, DIV1, DIV2, DIV3, DIV4, DIV5, DIV6, DIVX, DX50, MP41, MP42, MP43, H263, AP41, MPG4, MP4S, M4S2, MP4V, BLZO, MJPG, RMP4, DXGM, H264.
Bahkan GOM Player bisa memainkan file yang terputus. Beberapa jenis video yang bisa dimainkannya adalah :
- File AVI yang rusak/terputus (memiliki fitur melewatkan frame-frame yang rusak)
-HTTP Streaming (ASF/OGG/MP3/AVI)
-DirectShow playback (AVI, WMV, Matroska, QuickTime, MP4, 3GP, Google Video, Flash Video, VOB, Ogg, OGM, RMVB, MPEG-1, MPEG-2)
-RealMedia formats (needs Real Alternative)
-QuickTime formats (needs QuickTime Alternative)
-DVD Playback (needs MPEG-2 codec)
-Audio CD (2000, XP only)
-Video CD/SVCD/XCD
Penggunaan subtitle pun sudah didukung penuh, yaitu :
-Unicode Text Subtitles
-SAMI (smi)
-SubRipText (srt), MicroDVD (sub), SMIL/RealText
-SubStation Alpha (ssa), Advanced SubStation Alpha (ass)
-VOBsub (sub/idx)
-Embedded subtitles of ASF, MKV, OGM
  •  Winamp
winamp
 suatu pemutar media buatan Nullsoft, yang sekarang merupakan suatu cabang Time Warner. Winamp merupakan perangkat lunak freeware atau shareware yang dapat memainkan berbagi codec dan tipe audio dan juga dapat dikostumisasi.

Winamp versi terbaru
Winamp pertama diluncurkan oleh Justin Frankel pada tahun 1996. Pengembangan Winamp terkini mendapat pujian dari Ben Allison (benski), Will Fisher, Taber Buhl, Maksim Tyrtyshny, Chris Edwards dan Stephen (Tag) Loomis.
Pada tahun 2005, Winamp berkembang dari 33 juta pemakai bulanan sampai lebih 57 juta pengguna bulanan, menjadikan Winamp yang kedua yang sering digunakan untuk media pemutaran sedunia setelah Windows Media Player.
  •  VLC 
vlc
merupakan perangkat lunak (software) pemutar beragam berkas (file) multimedia, baik video maupun audio dalam berbagai format, seperti MPEG, DivX, Ogg, dan lain-lain. VLC Media Player juga dapat digunakan untuk memutar DVD,VCD, maupun CD. VLC Media Player bersifat sumber terbuka (open source) dan tersedia untuk berbagai sistem operasi. Mulai dari Microsoft Windows, beragam distro Linux, Mac OS, dan beberapa sistem operasi lainnya.
Salah satu kelebihan yang paling menonjol dari VLC Media Player adalah kelengkapan codec yang dimiliki. Dengan kata lain, VLC dapat memutar hampir seluruh jenis berkas audio maupun video yang ada.
VLC Media Player adalah program multimedia player yang sangat portabel. Singkatnya, program ini bisa dipakai untuk memutar berkas multimedia, baik yang ada di komputer, keping CD atau DVD, hingga untuk streaming di internet.
  •  JET Audio
jet
Salah Satu kelemahan dari jetAudio ini adalah kapasitas memory yang besar yang dipakai ketika saya install di komputer. Bila saya bandingkan dengan winamp, dalam beberapa data yang saya cari, banyak yang bilang jetAudio ini memakan banyak memori pada harddisk. Mungkin ini disebabkan jetaudio tersebut memiliki banyak fasilitas-fasilitas yang belum tentu dimiliki oleh winamp.
Berikut contoh fasilitas JetAudio yang di tawarkan
  • Untuk convert sebuah file music.
  • Untuk mengubah format file music.
  • Dapat untuk digunakan burning data atau audio.
  • Bisa memutar video.
  • Output audio yang terkesan lebih jernih daripada winamp.
  • Variasi skin yang cukup banyak (harus download).Namun, dibandingkan dalam segi skin atau penampilan JetAudio ini memang kalah telak oleh winamp. Karena jika kita bosan dengan skins JetAudio yang ada, kita harus mendownloadnya terlebih dahulu jika ingin terlihat variasi dari jetAudio. Sangat berbeda dengan Winamp, kita dapat mencarinya di situs resminya, dan adanya software pihak ketiga untuk kita berkreasi membuat skins winamp tersebut. Keuntungan JetAudio bisa dijadikan tray berbeda jauh memang dengan Winamp. Tapi jika kita tertarik dengan JetAudio ini kita harus memiliki spesifikasi komputer yang cukup tinggi untuk mendapatkan performa yang baik.
Read More ->>

Label 4

Label 5

Your label here

NavBar

Total Tayangan Halaman

About

NavBar

Templates Updates

Popular Post

Random Post

Trending Topic

Label 6

Label 1

Diberdayakan oleh Blogger.

Followers

Search This Blog